WALL AND BONE

APA ITU DOMS?

Jika anda pernah mengalami rasa sakit seperti nyeri dan rasa otot lemah selepas tamat bersenam atau bersukan itu bukan tanda bahawa anda  seorang yang lemah tetapi itulah proses pertumbuhan otot yang anda sedang alami.

Proses sakit itu dipanggil sebagai Delay Onset Muscle Soreness (DOMS).  DOMS akan memberikan tanda bahawa sakit nyeri pada bahagian otot selepas anda melakukan latihan berat, latihan yang tidak biasa dilakukan oleh badan dan juga latihan yang kerap.

DOMS tidak muncul selepas tamat latihan, namun selepas 12-24 jam dan puncak kesakitan pula ialah dalam limgkungan masa 24-72 jam. Rasa sakit hilang selepas 5-7 hari.  Mari kita bincang DOMS dengan lebih mendalam.

Kesan dari DOMS adalah ia akan membuatkan otot anda menjadi lebih kuat dan padat. Ini adalah asas kepada muscle building iaitu rosak sedikit dan otot menjalani proses pemulihan dan akhir sekali otot ,menjadi lebih kuat. Selepas DOMS otot akan mula belajar untuk bekerjasama dengan lebih cekap dan efisen semasa pergerakan dan dalam masa yang sama badan anda akan meningkatkan keseimbangan dan koordinasi. Kesan yang terakhir selepas anda mengalami DOMS ialah secara automatic badan anda akan berlaku peningkatan prestasi.

 

LANGKAH LANGKAH MENGURANGKAN SAKIT DOMS

Pertama sekali, anda perlu melakukan pemanasan badan(warm-up). Pemanasan badan mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah meningkatkan suhu badan otot dan badan.

Langkah yang kedua ialah, anda perlu melakukan urutan ringan atau guna foam roller. Fungsi urutan ringan untuk mengurangkan ketegangan otot dan rasa kaku dan juga membantu penghantaran oksigen dan nutrient ke tisu otot untuk pemulihan.

Langkah yang terakhir anda boleh lakukan ialah tidur cukup dan pengambilan protein untuk bantu otot pulih. Hal ini kerana, semasa kita tidur otot kita berada dalam fasa pemulihan aktif. Semasa anda tidur hormon pertumbuhan akan dilepaskan untuk membaiki tisu otot yang telah rosak kesan daripada latihan yang berintensiti tinggi. Protein juga penting untuk memulihkan tisu yang telah rosak. Asid amino yang telah wujud dalam protein akan membantu  membaiki tisu otot.

 

JADI ANDA PERLU BIMBANG KETIKA MENGALAMI DOMS?

Secara jujurnya anda tidak perlu risau apabila tubuh anda mengalami DOMS, ini kerana badan anda sedang berkembang dan bertindak balas terhadap senaman. Cuma anda jangan keterlaluan dalam latihan kerana kita takut badan anda akan mengalami “burnout”.  Jadi terimalah proses pertumbuhan otot anda dengan senyuman. Ini kerana itu adalah petanda anda sedang dalam proses menjadi kuat dan menjadi atlet yang hebat dalam sukan. Teruskan Latihan anda sehingga berjaya

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart