NCIA Wellness Day
Program Health & Wellness Day @ NCIA dianjurkan sebagai inisiatif kesejahteraan tempat kerja yang berteraskan dapatan daripada National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2023. Kajian ini mendedahkan isu-isu kesihatan kritikal dalam kalangan golongan dewasa bekerja yang sering terabai, terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCDs) serta kesihatan mental.
Menyedari keperluan ini, Kelab Sukan & Rekreasi iSTARS (KSRiS) NCIA & NEST Program mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program khusus untuk mendidik, menyaring awal, dan memberi pengalaman interaktif kepada staf NCIA agar lebih peka terhadap kesihatan diri.

- Meningkatkan Kesedaran – Memberi pendedahan tentang penyakit tidak berjangkit (NCDs), obesiti, tabiat sedentari, pengambilan gula tersembunyi serta stigma kesihatan mental.
- Pencegahan & Intervensi Awal – Menyediakan platform pemeriksaan kesihatan asas dan saringan kendiri kesihatan mental supaya staf boleh mengenal pasti risiko sejak awal.
- Perkongsian Ilmu Praktikal – Membekalkan panduan ringkas dan mudah diamalkan berkenaan pemakanan sihat, regangan di tempat kerja, serta gaya hidup seimbang.
- Sokongan Ekosistem – Menghubungkan staf dengan pakar perubatan, syarikat kesihatan, serta vendor berkaitan untuk rujukan dan bantuan susulan.
- Budaya Kerja Sihat – Menggalakkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan di tempat kerja dengan menjadikan kesihatan sebagai sebahagian daripada budaya organisasi.
- Ceramah Kesihatan Mental: Perkongsian oleh pakar psikiatri mengenai cabaran kesihatan mental di tempat kerja, termasuk data prevalens kemurungan dan keresahan (anxiety) di Malaysia.
- Pocket Talks oleh Syarikat NEST:
- SK Vital Sdn Bhd – Langkah pencegahan untuk diabetes dan tekanan darah tinggi.
- Wall and Bone Sdn Bhd – Kaedah regangan mudah untuk penjagaan tulang dan pencegahan kecederaan di tempat kerja.
- Booth Pemeriksaan & Aktiviti:
- Pemeriksaan kesihatan asas (KPJ).
- Saringan kendiri mental (DASS-21) dengan mini sesi bersama pakar psikiatri.
- Pameran vendor NEST dan perkongsian produk/servis kesihatan.
- Booth KSRIS untuk pendaftaran ahli baharu serta promosi aktiviti akan datang.
- Wellness Workshop: Sesi interaktif di bilik khas yang memberi peluang staf mengikuti aktiviti kesihatan ringan secara langsung.
Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Foyer, Auditorium HQ
Antara aktiviti menarik menanti anda:
Mental Health Talk
Health Screening
Wellness Activity
Acara ini dianjurkan dengan kerjasama KSRIS, NCER, dan KPJ Healthcare untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan gaya hidup sihat.