Program Terapi Sukan Zon Utara
Kementerian Belia dan Sukan menjemput belia untuk menyertai Program Terapi Sukan Zon Utara, satu kursus percuma yang memberi peluang kepada peserta mempelajari asas serta teknik urutan sukan. Program ini juga akan merangkumi teori, praktikal, dan demonstrasi urutan bagi anggota atas (upper limb) dan anggota bawah (lower limb).

Tarikh: 13 – 14 Oktober 2025
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi: Wall and Bone Physiotherapy Center, Jitra
Penceramah: Siti Nurhanis (Pengasas Wall and Bone Physiotherapy Center)
Terhad kepada 20 peserta sahaja (18 – 40 tahun). Sertai sekarang untuk peluang eksklusif ini!