Setara Fun Run 2025
Run. Chill. Enjoy.
Menara Alor Setar dengan kerjasama rakan strategik dan agensi tempatan menjemput orang ramai untuk menyertai Setara Fun Run 2025, acara larian santai sejauh 5KM yang akan berlangsung pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Menara Alor Setar bermula jam 7.00 pagi.
Acara ini diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh semangat komuniti serta menyemarakkan budaya kesukanan dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur. Dengan tema “Run. Chill. Enjoy.”, Setara Fun Run 2025 dijangka menarik penyertaan besar daripada pelajar, keluarga serta penggemar aktiviti riadah dan kecergasan.
Objektif Acara:
-
Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah dan kesihatan.
-
Mewujudkan platform interaksi sosial dan komuniti yang positif.
-
Menyokong inisiatif gaya hidup aktif dan kesejahteraan diri.
-
Mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat.
Antara pengisian utama termasuk larian sejauh 5KM dengan penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap peserta akan menerima jersey eksklusif, medal, e-sijil dan minuman ringan selepas menamatkan larian. Pelajar turut layak mendapat markah PAJSK (Peringkat Negeri), manakala peserta berumur 16 tahun ke atas akan dilindungi insurans oleh Zurich Takaful.
Turut serta dalam acara ini ialah Wall and Bone Physiotherapy, yang akan membuka booth medic menyediakan pemeriksaan fisioterapi percuma, penilaian fizikal (App: Ai Flextrack) serta konsultasi kesihatan kepada para peserta sepanjang acara berlangsung.
Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang disediakan.
Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Menara Alor Setar
Jarak: 5KM
Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 November 2025 (Ahad)

Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin meraikan gaya hidup sihat, membina semangat komuniti, dan menikmati pengalaman larian yang menyeronokkan di bawah mercu tanda kebanggaan Kedah — Menara Alor Setar.
Diketuai oleh:
Puan Siti Nurhanis
Ketua Pasukan Setara Fun Run 2025