WALL AND BONE

3 Aktiviti Bahaya Untuk Lutut Umur 30-an

Masuk umur 30-an, ramai mula perasan lutut makin cepat “merajuk”. Naik tangga lenguh, main badminton sikit dah bengkak, atau bunyi “klik” bila bangun dari duduk. Ini bukan tanda-tanda tua sangat pun — tapi tanda lutut perlukan perhatian.

Fakta: lutut antara sendi paling aktif dan paling banyak tanggung tekanan dalam hidup harian. Lagi-lagi kalau ada berat badan lebih, kerja banyak berdiri, atau suka aktiviti fizikal tanpa warm-up.

 

Main Sukan High Impact Tanpa Persediaan

Contoh: futsal, badminton, lari jarak jauh.
Kalau dah lama tak aktif, otot sekeliling lutut tak cukup kuat. Sendi mudah terkejut dan boleh cedera — terutamanya ligamen ACL dan meniskus.

 

Turun Tangga atau Bukit dengan Teknik Salah

Turun lebih bahaya dari naik sebab lutut kena serap beban penuh. Kalau lutut bengkok lebih dari 90° secara berulang, tekanan pada rawan meningkat. Lama-lama boleh kena haus rawan atau osteoartritis awal.

 

Naik Berat Badan Tapi Masih Aktif Tanpa Ubahsuai Teknik

Lutut kena tanggung 3–5 kali berat badan setiap kali melangkah atau melompat. Kalau berat badan naik tapi masih berlari/jumping tanpa teknik betul, lutut cepat haus dan meradang.

Kepentingan  Fisioterapi: Solusi Bijak Untuk Lutut

Fisioterapi bukan hanya untuk orang yang dah cedera. Ia juga bagus untuk:
– Kuatkan otot sokong lutut (quadriceps, hamstring, glute)
– Stabilkan pergerakan dan elak lutut “lari” dari landasan
– Pulihkan postur dan teknik pergerakan harian

Kalau kau selalu rasa lutut sengal, “klik”, atau tak stabil, ni masa terbaik mula jaga dari sekarang.

 

 Senaman Fisioterapi Ringkas Untuk Jaga Lutut

 

1.Quad Set
Tegang otot peha selama 10 saat, ulang 10–15 kali.
➡️ Kuatkan quadriceps tanpa gerakkan lutut.

2.Straight Leg Raise
Baring, angkat satu kaki lurus perlahan-lahan.
➡️ Bina kekuatan dan stabilkan lutut.

3.Bridge
Angkat punggung dari lantai, tahan 5–10 saat.
➡️ Aktifkan glute dan kurangkan beban lutut.

4.Step-Up Perlahan
Naik turun anak tangga perlahan dengan kawalan.
➡️ Baiki imbangan dan elak lutut ‘lari alignment’.

 

Tabiat Harian Yang Boleh Selamatkan Lutut

– Elak duduk lama tanpa bangun regangkan kaki
– Pakai kasut tapak sokongan yang elok
– Kurangkan duduk bersila atau mencangkung lama
– Kawal berat badan untuk kurangkan tekanan lutut

 

⚠️ Bila Patut Jumpa Fisioterapi?

– Sakit lebih 2 minggu walaupun dah rehat
– Lutut rasa longgar, susah nak turun tangga
– Pergerakan terbatas (nak lipat kaki pun sakit)
– Bunyi klik + sakit bila bergerak

Dapatkan Rawatan di Wall and Bone Physiotherapy Center

Di Wall and Bone, kami memahami keperluan unik setiap pesakit stroke. Pasukan fisioterapi kami menawarkan rawatan komprehensif yang melibatkan:

  • Penilaian menyeluruh untuk merancang program pemulihan.
  • Rawatan manual dan alat teknologi terkini untuk mempercepatkan pemulihan.
  • Program khusus untuk latihan kekuatan, keseimbangan, dan kemahiran harian.

Jangan biarkan stroke menghalang anda daripada menikmati kehidupan yang berkualiti. Hubungi kami hari ini untuk konsultasi dan mulakan perjalanan pemulihan anda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart