NAK TURUN BERAT, TAPI LUTUT DAN BADAN DAH MULA SAKIT? JANGAN TERUS PAKSA EXERCISE
“Esok aku nak start jogging.”
Semangat memang ada.
Kasut dah beli. Baju sukan dah siap. Malam sebelumnya siap tengok video workout.
Hari pertama jalan dan jogging dua kilometer. Hari kedua tambah lagi. Masuk hari keempat, lutut mula rasa sakit. Pinggang pula mula tegang.
Akhirnya berhenti.
Lepas beberapa minggu, cuba lagi.
Perkara sama berulang.
Kalau anda pernah melalui situasi begini, mungkin masalahnya bukan kerana anda “tak boleh exercise”. Mungkin badan anda cuma perlukan cara untuk bermula yang lebih sesuai dengan tahap semasa.
Dan anda ada aim untuk kurus dengan cara sihat, jangan tengok berat sahaja
Ramai orang memulakan perjalanan turun berat dengan satu sasaran:
“Aku nak turun 5 kg.”
Tak salah.
Tetapi kalau sekarang anda sudah cepat penat, susah naik tangga, lutut sakit atau badan terasa kaku, kita juga perlu fikir tentang kemampuan bergerak.
Sebab apa gunanya berat turun kalau naik tangga masih sakit dan nak bangun dari lantai pun susah?
Sebab itu di WAB Weightloss + Mobility Programme, peserta tidak terus disuruh berlari atau melakukan latihan berat.
Program bermula dengan penilaian supaya kita mendapat gambaran tentang tahap badan sebelum latihan dimulakan.
Antara komponen program ialah InBody, penilaian fizikal dan risiko kecederaan, diikuti aktiviti yang disusun mengikut kesesuaian peserta.
Mulakan ikut kemampuan, bukan ikut orang sebelah
Setiap orang datang dengan tahap berbeza.
Ada yang sudah biasa berjalan.
Ada yang bertahun tidak bersenam.
Ada yang mahu turun berat tetapi lutut mudah sakit.
Sebab itu program WAB memberi fokus kepada gabungan mobility, fleksibiliti, kekuatan fungsi dan peningkatan aktiviti secara berperingkat.
Aktiviti termasuk latihan beban, brisk walk, hydrotherapy dan trekking mengikut kesesuaian peserta.
Bukan siapa paling laju.
Bukan siapa paling banyak berpeluh.
Matlamatnya ialah membantu anda mula bergerak dengan lebih yakin dan membina rutin yang boleh diteruskan.
Nak mula semula?
Kalau selama ini anda mahu turun berat tetapi selalu berhenti kerana sakit atau tidak tahu bagaimana hendak bermula, mungkin kali ini kita ubah pendekatan.
WAB Weightloss + Mobility Programme berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember 2026 di Wall and Bone Physiotherapy Center, Jitra.
Program terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas, dengan kumpulan kecil maksimum 12 peserta.
Yuran penyertaan: RM399.
WhatsApp “MULA” ke 011-3252 8225 untuk daftar atau bertanya lanjut.
Daftar sebelum program bermula pada 15 November 2026, tertakluk kepada kekosongan tempat.
